Sunday, June 7, 2009
Sunday, May 24, 2009
Wednesday, May 20, 2009
NUTRIEN CERDAS MINDA
Ibubapa, saudara, saudari, adik pelajar semua,
KAMI INGIN MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN,
KAMI MEMBANTU MENINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA, MEMANTAPKAN MINDA DAN KUALITI KESIHATAN ANDA.
Adakah anda semua inginkan kecemerlangan untuk tahun ini,
Jika YA, berusahalah dari sekarang.
Kecemerlangan bermula dari diri anda, usaha anda dan doa anda. Usaha dan doa adalah kunci kejayaan sesaorang dalam sesuatu bidang.
Kepada ibu bapa pula, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak adalah tanggungjawap penting demi masa depan mereka.
Selain memberi pelajaran dan persekolahan, nutrien untuk kesihatan mereka adalah penting untuk diambil. Nutrien untuk kecergasan minda, merupakan usaha yang boleh anda lakukan bagi membina kecemerlangan minda anak-anak.
Kepada para pelajar sekolah, kolej, universiti dan institut pengajian tinggi anda, perlu berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri anda dalam pelajaran dan pengajian anda. Selain belajar seharian, pemakanan yang seimbang perlu diambil. Nutrien untuk kesihatan minda dan otak adalah diantara permakanan yang perlu diambil, bagi meningkatkan kesihatan anda.
Ingat , bahawa otak yang sihat datang dari tubuh badan yang sihat. Anda perlu seimbang antara aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran. Selain itu sikap positif dan semanggat untuk berjaya merupakan elemen kejayaan yang perlu ada pada setiap pelajar.
Kami di CPINTRASS.COM ingin membantu dan mendoakan kejayaan anda semua.
APAKAH CPINTRASS ?.....
C PINTRASS dibuat dari tumbuhan dan mineral seni biochemical yang telah diperhaluskan serta mempunyai rasa yang manis. Dengan proses inorganic di dalam minda mampu membuat perubahan kepada anda dan anak-anak anda. InsyaAllah C PINTRASS berfungsi melegakan keletihan dan memberi kepintaran kepada minda, hilang bebal otak, menguatkan daya ingatan dan memulihkan gangguan dan ketenangan minda.
Digunakan secara homeopati sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal serta melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu (concentration), daya ingatan (memory), tegang fikiran (stress), gugup (anxiety), gementar (nervous) dan menambah tenaga.
KELEBIHAN CPINTRASS
Boleh diambil bersama ubatan yang lain atau makanan kesihatan yang lain
Tidak memudaratkan minda dan fizikal anda
Amalan pengambilan yang berterusan 3 hingga 6 bulan akan memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan anda
Barangan yang berkualiti dan dijamin dan dikilangkan bertaraf GMP
Tanpa Alkohol dan dadah , dijamin halal
Kos sehari untuk C PINTRASS ialah 40sen, cukup murah, produk tempatan lebih murah dari luar negara
Bantu anak anda di peringkat awal, dan ia lebih yakin apabila dewasa, tidak gementar atau gugup. Lebih yakin dengan kerjaya.
BIODATA CPINTRASS
1. Rujukan Halal : JAKIM (22.00)/492/2/1
2. DILULUSKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MAL NO 05092397TC)
Kalium phosphate 6x : 0.01mg
Magnesium phosphate 6x : 0.01mg
Calsium phosphate 6x : 0.01mg
Natrium phosphate 6x : 0.01mg
Kuantiti per botol 60 tablet
3. Cara makan :
Tablet hendaklah dihisap, Umur 6 tahun kebawah 1 biji pagi sahaja. Umur 7 tahun hingga 20 tahun ambil 1 biji pagi dan 1 biji malam. 20 tahun ke atas ambil 1 biji pagi, 1 biji petang dan 1 biji malam. BOLEH DI AMBIL OLEH IBU YANG MENGANDUNG. Baik untuk anak. DI GALAKAN AMBIL BERTERUSAN ATAU 3 BULAN HINGGA 6 BULAN KE ATAS BAGI SETIAP ORANG. Tidak digalak pegang dengan jari, sila guna sudu plastik
KLIK BANNER UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Sunday, May 10, 2009
Mat Rempit
Mat Rempit dari segi pandangan umum bermaksud remaja atau pemuda lelaki yang menunggang motorsikal di jalan raya secara membahaya. Selain itu juga mat rempit ialah kumpulan lelaki yang suka melepak bersama-sama kawan-kawan, di tepi jalan, dataran di bandar, di kawasan Shopping Complex' dan dalam bandar.
Apa pun maksud mat rempit, mereka merupakan golongan rakyat yang perlu kita ambil perhatian.
Negara ini kini seolah-olah di serang penyakit sosial remaja lelaki dan perempuan dengan tabiat suka melepak dan membuang masa tanpa arah tujuan yang jelas. Kalau kita lihat masalah ini bukan baru, ia semakin mendadak apabila kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat dan pembangunan semakin pesat.
Mungkin kita boleh katakan faktor utama ialah pertumbuhan penduduk yang meningkat dan kedua faktor pembangunan fizikal yang pesat. Apa kaitan kedua ini?.
Pertumbuhan penduduk yang melibatkan golongan 15 tahun hingga 30 tahun adalah golongan yang semakin meningkat. Golongan umur ini yang memberi impak kepada masalah sosial negara. Mereka harus di asuh kepada displin, matlamat, objektif, hala tuju, serta ilmu agama dan ilmu kehidupan.
Apa yang menjadi masalah kepada masalah sosial ini ialah, kealpaan memberi ilmu dan displin kepada golongan ini. Kita mungkin akan menyalahkan pihak kerajaan dan ibu bapa atas kegagalan mendidik remaja.
Tetapi saya melihat ia perlu kepada sistem pengurusan remaja, atau dasar sosial remaja Malaysia yang perlu kepada anjakan, kajian, pelaksanaan yang lebih memberi manafaat kepada remaja itu sendiri.
Sistem yang ada perlu di kaji semula, misalnya sistem sekolah, sistem latihan remaja dan belia, sistem pusat pengajian tinggi, kemudian sistem di industri, serta dasar belia negara yang perlu di lihat semula keberkesanan sistem dan dasar yang sediada.
Index atau petunjuk kegagalan dan kejayaan, bergantung kepada index jenayah, masalah sosial, dan sebagainya.
Pihak berkuasa harus peka kepada masalah sosial ini dan perlu ambil tindakan segera.